Feeds:
Posts
Comments

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
kepada Seluruh Pengunjung Blog Ini.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
azizi hj abdullah

Angioplasti Ptimer

Mula tulis 28hb September 2007, jam 10.00 mlm selesai 30 sep 2007 jam 12-34 mlm. 1777 perkataan

Tidaklah terperanjat sangat apabila mendengar Wirajagat masuk IJN. Begitulah jadinya kalau usia sudah subsidi. Wirajagat diusung ke hospital paling baik dalam dunia kerana status Wirajagat memang selayaknya diberi tempat begitu.

Continue Reading »

Profesor Malayuwiyah.

Bukan kerana nama Umno maka tulisan ini melahirkan kebencian yang amat sangat. Tetapi atas nama bagaimana di kalangan anak muda dalam Umno yang menonjolkan diri sampaikan tercabut akar umbi jati diri dan buta sejarah, maka tulisan ini sangat beremosi, cemburu, kesal, dukacita di atas butanya sesetengah anak muda dalam Umno menilai jatidiri negaranya sendiri.

Continue Reading »

Nilai Cinta Kami

Cerpen: Ditulis pada 9hb Ogos 2007. Di rumah 5-23 petang Disiar: Minguan Malaysia 9 Sep 2007

Cinta?

‘Apa benda cinta tu?’ itu yang akan ditanya balik dengan beliak mata pada bininya, manakala bini pula menyepet-nyepet mata kepada lakinya.

Tapi itulah yang mereka dengar dari hujung telinga ketika hendak melintas jalan di garisan kuning, apabila si laki pegang tangan bini, si bini cakuk tangan laki. Bukan kata-kata itu sahaja tetapi di susuli dengan ketawa terkekeh-kekeh, put-pet, put-pet sekumpulan anak muda yang sedang menghirup kopi dan mentye4dut rokok di kepala simpang itu.

Continue Reading »

Kita Tidak Tahu Apa Itu Maruah

Apabila pasukan bola sepak negara kalah di tangan China 5-1 dan Uzbekistan 5-0, riuh rendah jutaan peminat bola sepak menytakan rasa tidak puas hati. Di sana sini merungut. “Kalau nak kalah pun jangan sampai 5-0” begitu ada yang paling lembut menyatakan tidak puas hati.

Continue Reading »

(Yang saya dapat dari Herry Nurdy, penulis dan Pengarang majallah Sabili, Indonesia)

Singapura menjadi negeri yang seringkali memicu langkah provokasi. Pembangunan jambatan baru yang disusul bergelegarnya pesawat terbang tanpa pilot, mengingatkan sejarah hitam bagaimana negeri ini terbentuk. Apa yang hendak dibangun negara duplikat Israel tersebut?

Continue Reading »

Awang Hamad yang tinggal di Kuala Nerang, Mat Kudin di Langkawi, Maniam Cendol di Bandar Baharu, Wan Munah di Baling dan Ah Ming di Alur Setar adalah di antara 1,778,188 juta yang tinggal di Kedah, yang tinggal dalam kepadatan 188.7/km2 di keluasan 9,426 km2. ( Populasi anggaran 2003)

Continue Reading »

Oleh: Azizi Hj Abdullah

DuitSetakat hari ini (26hb Jun2007) sahlah sudah Tan Sri Eric Chia tidak menyalah guna wang RM76.4 juta atau pecah amanah wang Perwaja. Selesailah sudah pengunjung ke mahkamah tersebut tapi mungkin beralih ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengikuti perbicaraan kes berprofail tinggi.

Perbicaraan yang bermula sejak 10 Februari 2004 sehingg 26HB Jun 2007 melegakan Tan Sri Eric Chia yang usianya hampir menyamai tuduhan pecah amanah terhadapnya; RM76.4 juta.

Bagaimana pun yang jelas, RM76.4 juta sudah tidak ada. Jika tuduhan pecah amanah tidak terbukti, adakah RM76.4 juta itu terbukti pula adanya di dalam peti bank?

Continue Reading »

Oleh: Profesor Melayuwiyah
Wed Jun 27, 07 06:19:56 AM

Sekonyong-konyong muncul dua tokoh besar ilmuan yang sudah pikun, yang merupakan orang besar dalam Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) bercakap tentang bahasa Melayu.

Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Saya pinjam istilah ‘pikun’ ini yang digunakan oleh Azizi Hj Abdullah melalui novel terbarunya Sangeetha yang diperkata di mana-mana sekarang ini. Tapi pikun dua tokoh besar dalam Gapena ini tidak seperti ‘Sangeetha’ atau ‘Derus’ dalam novel Sangeetha.

Mereka melampaui tua tetapi tidak nyanyuk, sedangkan dua tokoh pikun dalam Gapena ini melampaui nyanyuk.

Continue Reading »

tukyaGENERASI baru kini berpeluang menatap kembali karya sasterawan tersohor tanah air berikutan langkah Alaf 21 Sendirian Bhd menerbitkan siri Novel Nostalgia dalam usaha memperkenalkan semula teks yang pernah popular dalam dunia sastera tanah air suatu ketika dulu.Pada peringkat permulaan sasterawan veteran yang diberi penghormatan ialah Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad (Ranjau Sepanjang Jalan, Zaharah Nawawi (Jalur Sinar di Celah Daun), Khadijah Hashim (Badai Semalam) dan Azizi Abdullah (Tukcai).

Majlis pelancaran Novel Nostalgia di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, baru-baru ini, membuktikan keempat-empat sasterawan terbabit masih mempunyai peminat kerana ramai yang berusaha mendapatkan tanda tangan mereka untuk diabadikan dalam novel yang dilancarkan.

Pengurus Besar Alaf 21, Norden Mohamed, ketika berucap pada majlis pelancaran Novel Nostalgia menekankan hasrat syarikat terbabit menghargai jerih perih penulis besar tanah air dalam memeriahkan dunia sastera Malaysia mendorong mereka melaksanakan program itu.

“Syarikat teruja untuk menerbitkan kembali naskhah asal meskipun usianya sudah berabad kerana yakin ia akan menjadi rujukan generasi akan datang selain bagi membolehkan karya terbabit tidak luput daripada pasaran,” katanya pada pertemuan dengan Sastera selepas majlis pelancaran.

Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan jerih perih anak tani yang bergantung kepada bendang padi sebagai sumber rezeki dan berhempas pulas melawan segala bencana yang merosakkan tanaman, bagi keluarga Lahuma bersama isterinya, Jeha dan tujuh anak mereka.

Jalur Sinar di Celah Daun pula menyaksikan ketabahan pasangan muda, Tijah dan Dali, meneroka sebuah daerah bagi membolehkan mereka memiliki sebidang tanah sehingga akhirnya terjebak dalam masalah yang berpunca daripada kebakaran hingga Dali dipenjarakan.

Badai Semalam pula memaparkan kisah hidup Mazni yang diuji dengan pelbagai dugaan selepas kematian ibunya sehingga akhir terpaksa bertugas sebagai pembantu rumah dan bernikah dengan anak majikannya, Karim, semata-mata demi membalas budi.

Tukcai memperlihatkan kasih sayang sejati seorang tua lewat watak Tukcai yang tebal dengan rasa kasih dan rindu terhadap orang yang dicintainya, Nekcai meskipun selepas pengetahuan pasangannya itu sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20070621084254/Article/