Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Berita’ Category

tukyaGENERASI baru kini berpeluang menatap kembali karya sasterawan tersohor tanah air berikutan langkah Alaf 21 Sendirian Bhd menerbitkan siri Novel Nostalgia dalam usaha memperkenalkan semula teks yang pernah popular dalam dunia sastera tanah air suatu ketika dulu.Pada peringkat permulaan sasterawan veteran yang diberi penghormatan ialah Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad (Ranjau Sepanjang Jalan, Zaharah Nawawi (Jalur Sinar di Celah Daun), Khadijah Hashim (Badai Semalam) dan Azizi Abdullah (Tukcai).

Majlis pelancaran Novel Nostalgia di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, baru-baru ini, membuktikan keempat-empat sasterawan terbabit masih mempunyai peminat kerana ramai yang berusaha mendapatkan tanda tangan mereka untuk diabadikan dalam novel yang dilancarkan.

Pengurus Besar Alaf 21, Norden Mohamed, ketika berucap pada majlis pelancaran Novel Nostalgia menekankan hasrat syarikat terbabit menghargai jerih perih penulis besar tanah air dalam memeriahkan dunia sastera Malaysia mendorong mereka melaksanakan program itu.

“Syarikat teruja untuk menerbitkan kembali naskhah asal meskipun usianya sudah berabad kerana yakin ia akan menjadi rujukan generasi akan datang selain bagi membolehkan karya terbabit tidak luput daripada pasaran,” katanya pada pertemuan dengan Sastera selepas majlis pelancaran.

Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan jerih perih anak tani yang bergantung kepada bendang padi sebagai sumber rezeki dan berhempas pulas melawan segala bencana yang merosakkan tanaman, bagi keluarga Lahuma bersama isterinya, Jeha dan tujuh anak mereka.

Jalur Sinar di Celah Daun pula menyaksikan ketabahan pasangan muda, Tijah dan Dali, meneroka sebuah daerah bagi membolehkan mereka memiliki sebidang tanah sehingga akhirnya terjebak dalam masalah yang berpunca daripada kebakaran hingga Dali dipenjarakan.

Badai Semalam pula memaparkan kisah hidup Mazni yang diuji dengan pelbagai dugaan selepas kematian ibunya sehingga akhir terpaksa bertugas sebagai pembantu rumah dan bernikah dengan anak majikannya, Karim, semata-mata demi membalas budi.

Tukcai memperlihatkan kasih sayang sejati seorang tua lewat watak Tukcai yang tebal dengan rasa kasih dan rindu terhadap orang yang dicintainya, Nekcai meskipun selepas pengetahuan pasangannya itu sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20070621084254/Article/

Advertisements

Read Full Post »

Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan menganjurkan “Forum & Filem Pendek Sangeetha” di Galeri Ilmu, Tingkat Bawah, Menara DBP pada 14 Julai 2007 (Sabtu), 9:00pagi.

Program ilmu ini akan menampilkan Azizi Haji Abdullah, Dr Rajantheran Muniandy (Universiti Malaya) dan K. Balasubramaniam (Gabungan Persatuan Penulis Tamil Malaysia) untuk membicarakan secara terperinci, mendalam, kritis dan terbuka novel Sangeetha (DBP: 2006).

(more…)

Read Full Post »