Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2007

sangeetha 

 

Oleh
Dato’ Dr. Hj.Muhd Mansur Abdullah
Presiden Lembaga Kaunselor Kem.Pemb.Wanita, Keluarga & Masyarakat

I. PENGENALAN

AZIZI YANG SAYA KENALI

Saya mula mengenali nama Azizi Haji Abdullah kira-kira 35 tahun yang lalu lewat hasil-hasil cerpennya. Kami sama-sama menulis dalam ruang sastera di akhbar mingguan dan juga majalah mastika, wanita, pemimpin, dewan sastera dan UFF. Pertama kali saya mengenali beliau secara bersemuka, apabila kami menyertai satu seminar kesusasteraan di Ipoh, awal tahun 70. Orangnya banyak cakap, tidak sombong, pandai bercerita, sentiasa ceria, ikhlas dan terbuka, kuat mencarut dan melawak hingga tak kering gusi barang siapa mendengar sembangnya.

(more…)

Read Full Post »

hospital

Minggu lalu saya menziarahi seorang kawan di Hospital Alor Setar kerana mengidap ‘Panas Melampau’. Saya terkejut kerana Bangunan M2 kelas tiga benar-benar seperti kandang kambing dengan kesesakan katil dan pesakit. Kipas angin yang berkirap-kirap melelong-lelong di syiling tidak membantu kepanasan melampau pesakit. Bilik yang sempit dengan kesesakan pesakit, penziarah, sangat tidak sesuai dijadikan bilik pesakit, apa lagi berhampiran pula dengan bilik mayat. Blok M2 ini di antara blok yang menempatkan ‘rakyat’ kelas tiga yang terdiri dari petani, penoreh, buruh, penarik beca, pemandu teksi dan penganggur.

(more…)

Read Full Post »

Luka Rakyat

lukarakyat

BUKU BARU AZIZI HJ ABDULLAH

LUKA RAKYAT (Edisi Baru)
Harga RM12.00
Tebal 172 halaman.
Terbitan; Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  No 10 Jalan Masjid Negeri
  11600 Pulau Pinang
  Tel; 04-2823511

LUKA RAKYAT bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk oleh tarbiah ketamakan di mana kejujuran dianggap sebagai kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai keterbelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan dan kewiraan.

Dunia Luka Rakyat adalah hasil daripada moralis yang terbalik. Pahlawan adalah penjarah, politikus adalah penipu dan pengampu, penguasa adalah perompak.

Luka Rakyat menunggu sembuh tetapi bomoh dan doktorlah sebenarnya yang luka parah.

-Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS.

———————————————–

Luka rakyat adalah buku edisi baru penulis Azizi Hj. Abdullah, yang memenangi tempat kedua sayembara Jubli Emas 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka 2005. Penulis yang telah melahirkan novel berjodol ‘SANGEETHA’ 500 halaman baru-baru ini dan menghasilkan puluhan nobel, ratusan cerpen dan rencana-rencana kontravesi.

Read Full Post »