Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Bicara Karya’ Category

Inilah yang luar biasa mengenai kisah cinta dalam novel Sangeetha ini. Pendek kata, ia merentas sempadan usia dan budaya, darjat dan rupa selain harta, maka sebab itu ada kelainan. Lupakan bahasa-bahasa ‘lentok’ merayu rindu dendam, kasih tercurah. Itu asmara anak-anak muda. Yang ada dalam novel ini ialah percubaan di antara kedua-duanya untuk saling menempatkan diri dalam orbit kehidupan yang sama-sama pikun lagi sunyi. Sangeetha cuba sedaya upaya mahu mencintai ‘gambus’ agar dapat sama-sama menyertai kehidupan Derus. Derus pula menunjukkan minat kepada ‘tabla’ dengan harapan dia berupaya menghabiskan sisa usia pikun dalam hayat Sangeetha. Sementara itu, tidak banyak yang menggerakkan cerita dalam novel setebal 560 halaman ini.

Pengulas : AZLINARIAH ABDULLAH

SEORANG rakan mencadangkan saya supaya menekuni novel ini. Ia telah diterbitkan pada 2006 tetapi masih lagi popular dan sangat istimewa, kata rakan saya itu. Kesempatan mengunjungi pesta buku baru-baru ini, saya mencari dan membeli novel itu.

Benar, kisah cinta dalam novel tersebut luar biasa. Kalau mengikut latar biasa, novel cinta sudah pasti mengenai muda-mudi berkongsi angan-angan, mimpi dan mabuk angau. Atau setidak-tidaknya pada latar biasa juga, novel cinta berkisah tentang siswa-siswi berkasih, ada konflik lalu bersatu selepas tamat pengajian. Tetapi novel Sangeetha, tanpa meninggalkan ‘klise’ genre itu sendiri, adalah mengenai pergolakan rasa cinta warga emas, hidup kesunyian lalu sengsara menjadi sahabat lantaran ketiadaan suara hilai anak-anak penyambung zuriat.

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

(Khairiyah Ghazali)

Bicara karya menjadi wadah bagi golongan akademik dan penggiat sastera khususnya pengarang menyampaikan ilmu yang tersirat dalam karya yang dibicarakan. Dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut DBPWU telah menganjurkan majlis bicara karya Sangeetha di tiga buah negeri di Wilayah Utara iaitu di Pulau Pinang pada 27 Februari 2007, Perlis pada 4 April 2007 dan di Kuala Kangsar, Perak pada 14 April 2007. Majlis anjuran bersama DBPWU dan Persatuan Penulis Pulau Pinang, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perlis dan Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak yag hadir.

(more…)

Read Full Post »

Sangeetha: Bukan Cinta Biasa Mendalami Erti Cinta Dua Dunia

Dr. Siti Hajar Che Man dari USM sedang menyampaikan kertas kerja SANGEETHA di Pejabat PPD Kuala kangsar pada 14 April 2007
Dalam siri Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama PPD Kuala kangsar dan Karyawan Perak.

Perserta bicara karya, Pegawai PPD Kuala Kangsar,Karyawan Perak, Dr.Ratna USM Pegawai Pengarah Dewan Bahasa Wilayah Utara

Pengenalan: Mengenali Azizi dan karya-karyanya.

Apabila dipelawa oleh Pn. Khairiyah dari DBP, Wilayah Utara untuk membicarakan karya terbaru Sdr.Azizi, ada dua perasaan yang bergolak dalam diri ini, pertama, saya sedikit risau [orang utara kata seriau] kerana sejujur-jujurnya saya tidak pernah bersemuka secara “eye to eye” mahupun “face to face” dengan beliau, tapi pernah melihatnya dari jauh dalam seminar dalam negeri mahupun seminar antarabangasa, di mana beliau sebagai peserta seminar dan saya sebagai pembentang kertas kerja. Risau ini kerana dari desas-desus yang dapat saya tahu Azizi ini orangnya kuat mencarut. Dalam masa yang sama, teman-teman pernah menyatakan bahawa Azizi, orangnya banyak cakap, tidak sombong, pandai bercerita, ikhlas, suka melawak hingga tak kering gusi barang siapa mendengar sembangnya [orang utara kata kelolo]. Sifatnya ini terbukti apabila saya sendiri mengalaminya ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Teori dan Kritikan Serantau II,di Hotel Parkroyal 2003 yang lalu.

(more…)

Read Full Post »